views


Oh, nampaknya sudah lama tak update blog. Sangat rajin blogwalking kat blog kawan² yang lain, tapi sangat malas nak update blog sendiri, haha! Sebenarnya banyak lagi entry² yang masih dalam draft mode, bila sudah rajin nanti, barulah post, hehe. So kali ini, nak kongsi sedikit tentang cara² bagaimana hendak menambah widget Twitter dan juga Foursquare pada tab Facebook anda. Tapi, apa itu tab Facebook? Sama seperti tab² pada Internet browser seperti Mozilla Firefox, Google Chrome, Opera, Apple Safari dan sebagainya, dimana konsep tab telah direka bagi memudahkan anda melayari dan membuka berbilang-bilang (lebih dari satu) laman sesawang (website) sekaligus dengan hanya satu tetingkap (window) Web browser saja dalam satu masa.

Tak perlulah nak cerita mengenai konsep Tab dengan panjang lebar, mari sambung kembali tutorial bagaimana untuk memasang/mengubah/menambah tab² di Facebook anda dengan widget Twitter dan Foursquare.


Twitter dan Foursquare merupakan sebahagian daripada rangkaian sosial yang tidak asing lagi bagi para blogger. Dengan menggunakan Twitter, anda dapat menghantar mesej (atau dipanggil tweet) kepada pengikut² (followers) anda. Manakala Foursquare pula membenarkan anda untuk daftar masuk (check-in) pada tempat² yang dilawati secara online, memberitahu rakan² (friends) di mana anda berada, dan dianugerahkan dengan mata ganjaran dan juga lencana² (badges) berdasarkan kekerapan anda melawat tempat² tersebut.


Secara umum, tab² di profail Facebook anda mempunyai Wall, Info, Photos, Video, Notes, atau Boxes (hanya 5 tabs yang pertama saja dibenarkan untuk anda letakkan pada tab Facebook anda). Anda juga boleh menukar tab² kepada aplikasi² yang mahu dipamerkan pada muka profail anda. Sekiranya anda pengguna Twitter dan Foursquare yang tegar (hardcore user), anda boleh meletakkan widget Twitter dan Foursquare anda sebagai Tab di Facebook. Tapi bagaimana?

Tambah Twitter sebagai Tab:
1. Pergi ke aplikasi Twitter Tab untuk Facebook. Tekan butang "Go to Application" dan pastikan anda membenarkan aplikasi tersebut untuk mengakses maklumat Facebook anda dengan menekan butang "Allow" (jangan takut, ia dijamin selamat untuk digunakan, hehe).

Twitter Tab for Facebook App

2. Tekan butang "Authorize Twitter" untuk membenarkan aplikasi ini untuk mengakses status update pada akaun Twitter anda dengan menggunakan servis Twitter OAuth.

Authorize Twitter Tab access

3. Setelah selesai, tekan butang "Add Profile Tab" untuk membenarkan aplikasi ini diletakkan pada muka profail Facebook anda.

Twitter Tab

4. Satu tetingkap kecil akan muncul. Tekan butang "Add Profile Tab" buat kali terakhir. Tekan butang "Go To My Profile" untuk pergi ke muka profail anda.

Twitter Tab - popup message

5. Kini anda sudah berjaya. Aplikasi ini akan memaparkan status update dan juga info Twitter anda. Untuk mengubah kedudukan tab aplikasi Twitter Tab, tekan dan pegang (click and hold) tab tersebut dan gerakkan ke kanan. Ubah kedudukan tab mengikut cita rasa anda (klik gambar untuk besarkan).

Tekan untuk besarkan




Tambah Foursquare sebagai Tab:
1. Pergi ke aplikasi Foursquare Badges untuk Facebook. Tekan butang "Go to Application".

Foursquare Badge app for Facebook

2. Seperti aplikasi Twitter Tab sebelum ini, benarkan aplikasi Foursquare Badges ini untuk mengakses akaun Foursquare anda dengan menekan butang "Allow".

Foursquare Badge - Request for Permission

3. Jika sudah berjaya, anda perlu menambah tab Foursquare Badges pada ruang tab profail Facebook anda. Pergi ke menu Account (atas, kanan), pilih Application Settings.

Application Settings

4. Cari "Foursquare Badges" daripada senarai aplikasi Facebook anda. Kemudian, tekan Edit Settings.

Edit Settings

5. Tekan "add" pada Tab dan tekan "Okay".

Edit Settings

6. Kini aplikasi Foursquare badges sudah berada di Tab profail Facebook anda. Aplikasi ini akan memaparkan lencana² (badges) yang telah berjaya dimiliki. Untuk mengubah kedudukan tab aplikasi Foursquare Badges, tekan dan pegang (click and hold) tab tersebut dan gerakkan ke kanan. Ubah kedudukan tab mengikut cita rasa anda (klik gambar untuk besarkan).

Tekan untuk besarkan


Diharap entri kali ini dapat memberi informasi yang bermanfaat untuk anda, sekian. :D