views


Jeng je jeng, I'm back! Fuhh, sudah lebih dari sebulan aku tak update apa² pun di blog aku ni. Disebabkan sibuk yang teramat dengan kelas, project, presentation dan juga final exam, maka blog ini sudah hampir bersawang dan semakin dilupakan (haha!). Sekarang barulah dapat sambung kembali berblog seperti dahulu. Okay lah, blog update yang pertama untuk bulan November kali ini adalah berkaitan dengan satu birthday contest yang dianjurkan oleh seorang blogger yang memang popular dan tidak asing lagi di tanah air kita ni. Siapa lagi kalau bukan
Miss Lolly Luvfareda kita yang comel ni, ngee~~!



Bersempena dengan birthday beliau yang ke-23 pada 12 November tak lama lagi, Miss Lolly dengan baik hatinya akan memberi hadiah kepada mana² blogger yang dapat membuatkan beliau tertarik dengan birthday wishes yang kreatif, dan disamping itu juga, memikirkan hadiah yang sesuai dalam harga RM100 (hai Miss Lolly, kenapa seratus je? Baru fikir nak bagi lebih ni, LOL! *memain je*).

So, birthday wish yang macam mana aku nak hadiahkan buat Miss Lolly ni eh? Nak nyanyi pun, suara tak sedap pun. Buat video pun, rasa macam segan lak (hahaha tak boleh blah langsung!). Hmm, apa kata aku tujukan lagu "Selamat Ulang Tahun... Sayang" oleh . Haha, jangan salah paham ye, saja nak tujukan lagu ni, tiada niat khusus yang lain pun, jadi jangan fikir yang bukan² pulak ye. Dan abaikan perkataan "sayang" tu, tak ada kena mengena pape pun, wahahahaa. =P


Amacam, best tak lagu? Jangan kata aku jiwang gile, aku tengah takde idea nak tujukan birthday wish kat Miss Lolly ni. Walau apa² pun, ingin diucapkan Selamat Hari Lahir Yang ke-23 yang bakal disambut pada hari Jumaat depan. Eh, beza kita hanya 2 tahun la ye, baru perasan la, hehe. Dan diharapkan segala doa dan hajat Miss Lolly akan dimakbulkan oleh Allah SWT, mudah-mudahan (amin~).

Tentang hadiah pula, mesti dalam budget RM100, kan? Kalau nak bagi hadiah kat Miss Lolly, mestilah sesuatu yang beliau paling suka sekali. Mengikut apa yang aku tahu, Miss Lolly ni sangat sukakan cookies Famous Amos! Betul tak, Miss Lolly? Hehe. Jadi, dalam RM100, berapa banyak cookies yang aku boleh dapatkan ye? Jom kita check satu²:

Cookie Glass Jar No Nut & Choc Chip Pecan 270g (harga: RM55.90, link)


Famous Amos Teddy 6" with Red Heart Tin Choc Chip 90g (harga: RM22.50, link)


Teddy Octagon Tin No Nut Choc Chip 170g (harga: RM19.90, link)



Jadi, jumlah anggaran adalah RM55.90 + RM22.50 + RM19.90 = RM98.30. Eh, ada baki lagi RM1.70. Apa nak buat dengan baki tu ye? Sedekah je kat cashier Famous Amos tu? Haha. Tapi, kalau nak lagi best (sekadar suka² saja), apa kata kita cuba cari barang² yang dapat dibeli dengan harga RM1.70 dalam Google jap:


Wahahahaha..menarik sungguh barang² yang berharga RM1.70 yang dijumpai dalam Google ni. Aku hanya tapis beberapa yang berkaitan saja, seperti:

  1. Sekeping DVD+R IMATION (4.7GB) (link)
  2. Chocolate Gift (link)
  3. Air barli campur limau nipis panas, asam boi campur asam kasturi sejuk (link)
  4. Nasi Ayam (link)
  5. Donut, Chicken Floss Bun, Muffin (link)
  6. Grossgrain ribbon (1 meter) (link)
  7. Dariya Magic Fringe Holder (link)
  8. Stabilo Eraser (link)
  9. Oval-shaped Wired Basket (Bekas Telur) (link)

Yang aku kurang pastinya, mana satu yang menjadi pilihan Miss Lolly, kalau nak genapkan hadiah RM100 tu? Kita tengok komen dia di bawah ini nanti, hehe. Kalau korang nak join contest tersebut, boleh rujuk pada blog Miss Lolly, berserta dengan hadiah buat para pemenang. Sekian. =)

UPDATE (29 Nov 2010):
Miss Lolly telah pun mengumumkan keputusan CONTEST- MISS LOLLY'S | BIRTHDAY nya di sini (baru perasan blog post tersebut sudah pun dibuang, telah pun dijelaskan di sini isk²) dan blog post aku ini telah berjaya mendapat hadiah saguhati! Wah terharu la pulak, ingatkan main² masa dapat tau dari tweet Miss Lolly, rupanya memang betul, hehe. Tahniah buat semua para pemenang. Dan juga berbanyak² terima kasih diucapkan buat Miss Lolly! =)