Bila dah kena penyakit gout...
Ketika hendak bangun pagi pada hari Rabu minggu lepas (1 Disember 2010), tangan kiri terasa sangat sakit sekali. Pedih tak terkata. Picit² di tempat yang terasa sakit tu, tak ada bengkak pun. Mungkin salah tidur kot malam tadi. Dalam hati, rasa tak ada apa² yang serious sangat, mungkin lenguh tangan. Jadi, abaikan je lah kejap. Sampailah ke hari Jumaat (selepas 2 hari), pergelangan tangan mula bengkak sedikit (seperti gambar di sebelah) dan tangan kiri tak boleh lurus ke bawah. Gerak sikit je pun terasa pedih, apatah lagi kalau banyak. Terpaksalah kekalkan posisi tangan kiri dalam bentuk 'L' ke badan. Kalau nak bergerak sedikit pun, kena ada bantuan dari tangan kanan.
Pada petang hari yang sama, terus pergi ke klinik. Aku sarungkan baju t-shirt putih dengan lambang Superman (budget nak nampak kuat walaupun tengah sakit, hehe). Mula² pergi ke Klinik Kita di Cheras Perdana, tapi seperti biasalah, klinik penuh dengan pesakit. Sepanjang masa je memang ramai orang. Disebabkan malas nak menunggu, terus pergi ke Pusat Rawatan Jamilah di Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn. Ada 2 orang sedang menunggu giliran, jadi aku pun tunggu je lah. Bila dah sampai giliran aku, aku pun masuk ke dalam bilik doktor. Aku pun mula bercerita dari A ke Z kepada Dr. Jamilah. Setelah tangan kiri dibelek-belek oleh doktor (sakit la jugak masa dia belek² tu), terus dia mengesahkan bahawa bengkak di tangan kiri aku berpunca dari penyakit gout. Ya Allah, hanya Tuhan je lah yang tahu macam mana perasaan aku ketika mengetahui perkara tersebut. Selepas buat checkup dan diberi sedikit penerangan mengenai penyakit gout, doktor menyapukan ubat krim dan membalutkan pergelangan tangan kiri. Doktor nasihatkan supaya aku makan pil ubat tahan sakit, sakit sendi dan juga menggunakan ubat sapu tadi. Lama-kelamaan, bengkak tadi sudah semakin surut selepas dua hari dan tangan kiri sudah dapat digerak dan digunakan seperti biasa, alhamdulillah. Terima kasih buat kawan-kawan yang tak putus-putus berdoa. Sayang korang! :D

Tapi apa itu GOUT?
Gout adalah sejenis penyakit radang pada sendi (Artritis) akibat pengumpulan asid urik yang berlebihan di dalam badan, terutama pada bahagian sendi. Asid urik ini adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan tersebut melalui air kencing (urin). Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi, terutama di bawah kulit dan membentuk benjolan di panggil tophi. Penyakit ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Dan ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Penyakit gout boleh diwarisi daripada keturunan, tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.

Tanda-tanda GOUT:
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Rawatan GOUT:
- Ketika serangan gout, cepat-cepat rehatkan sendi.
- Ubat anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Namun, ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Tetapi jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
- Ubatan lain seperti Colchicine dan juga pil atau suntikan cecair Steroid boleh juga diambil, tetapi mesti melalui preskripsi doktor.
- Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
- Untuk rawatan jangka panjang, kenalah menjaga berat badan, kerana kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan dari badan.
- Menjaga pemakanan, dengan mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi, banyakkan meminum air kosong dan juga elakkan meminum minuman keras/beralkohol.
- Untuk rawatan tradisional, pertama rebuskan kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang dan minum air rebusan itu. Kedua, ambil anak pokok durian berserta akarnya sekali untuk direbuskan (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout. (sumber).

Tips pemakanan pesakit GOUT:
- Minum banyak air kosong.
- Elak mengambil minuman berkafein seperti kopi.
- Elak memakan makanan mengandugi kadar purin yang tinggi kerana ia boleh meningkatkan kadar asid urik dalam badan. Contoh makanan adalah organ dalaman haiwan, seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak.
- Memakan daging merah (daging kambing dan lembu) dalam kuantiti sederhana.
- Hasil laut seperti kerang, kepah, ikan bilis, sardin dan salmon mengandungi kadar yang tinggi, dan ia juga perlu dielakkan atau diambil secara sederhana.
- Elakkan memakan sayur-sayuran dalam bentuk kekacang, seperti peanuts, lentil, beans dan peas.
- Elakkan memakan makanan bercengkerang, seperti ketam, udang dan kerang.
- Kurangkan memakan sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam.

Fakta menarik mengenai GOUT:
Antara tokoh-tokoh terkemuka yang merupakan pengidap gout adalah Benjamin Franklin, Isaac Newton, John Calvin, John Hancock, Karl Marx, King Henry VIII dari England, Kublai Khan, Nostradamus, dan juga Thomas Jefferson.
Secara kesimpulannya, gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh, tetapi haruslah mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Ubah dan amalkan cara hidup dan diet pemakanan yang sihat untuk memastikan paras asid urik yang normal di dalam badan dan untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan penyakit gout. Tidak semestinya gout adalah penyakit orang kaya (yang sinonim dengan sikap pemalas, makan banyak, gemuk dan suka minum minuman beralkohol) kerana gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang penyakit gout, layari di laman web Arthrits Foundation Malaysia di http://www.afm.org.my.
Sumber gambar: Google Images.
Sumber rujukan: Wikipedia.
P/S: Salam Maal Hijrah 1432 buat semua umat Islam.
About The Author:
acaPAWN7 is from Kuala Lumpur, Malaysia. He was graduated from Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) with a degree in Information and Communication Technology (ICT), majoring in Software Engineering and also a minor in Financial Management. Currently, he is pursuing Master of Business Administration (MBA) at Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). He can be reached or contacted via email at acapawn7[at]gmail.com or follow his Twitter at @acaPAWN7.
You can refer the smiley codes below and add them in your comments too, but don't forget to add spaces between them.

You can add your comments below:

































December 7, 2010 at 5:56 PM
eee~ tu la x jg pemakanan. asek mkn jer :(
dlm family ada kena gout x?
btw, smga cepat sembuh abam apam!
December 7, 2010 at 5:59 PM
@ema サニ: Huhu mane lah sangka leh kena gout.. Sebelum ni okay je.. Oh my parents ada gout jugak, tapi diorg dah okay..huhu thanks! :)
December 7, 2010 at 6:03 PM
Aku pon x tah uapa tu gaut sebelum ni..hu3..semoga cepat sembuh :O
December 7, 2010 at 6:18 PM
@ChuyRy: Erm, kalau dah kena, memang pedih..nak bergerak pun tak boleh, jadi lebih baik mencegah dari mengubati.. Thanks bro! ;)
December 7, 2010 at 6:27 PM
semoga anda cepat sembuh.. :angel
December 7, 2010 at 6:48 PM
@Cik Mimie: Thank you..sekarang dah baik, cuma kena jaga diet je la..
December 7, 2010 at 6:51 PM
huhu menakutkan, pemakanan kene jaga
Terkini : 100 Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia
December 7, 2010 at 8:15 PM
@suffer8zine: Yeah, dah tak boleh makan sebarangan :brow
December 8, 2010 at 2:16 AM
Get well soon okay! :)
December 8, 2010 at 10:54 AM
@sYazY_dZaiMa: Thanks you :h
December 8, 2010 at 4:05 PM
hati2 jgn makan sifud lagi !
December 8, 2010 at 9:47 PM
@miss lolly a.k.a luvfareda: Huwaa, seafoods are my favret! :brow
December 8, 2010 at 11:52 PM
Isk! Biar betik.. tak sangka yea.. family ko da kena gak ke? Anyway, semoga cepat sembuh ~ Doa byk2 ~ Makanan kena jaga ~ Kesihatan dititikberatkan ~
Cewah ~ Cakap je lebih aku ni ~ Aku pun kena wat skali ni ~ Kang tak pasal2 penyakit lama aku dtg balik ~
December 9, 2010 at 6:11 PM
lor u kn gout? huhuhu....lepas ni kena jaga mkan tau...seafood kn kurangkan..huhuhu..mkn ubt salu...jaga kesihatan..
December 9, 2010 at 7:35 PM
@ZoOL: Tu lah, aku pun baru tau minggu lepas.. Parents mmg pernah ade gout, tapi dah sembuh dah.. Skrg mmg kena jaga makan, huhu.. Oh ko dulu sakit ape eh? Gout? Or bukan?
December 9, 2010 at 7:36 PM
@~Miss_eiyDa ~: Yup, seafoods ngan Nescafe dah tak boleh nak makan selalu sangat macam dulu2, huhuh..Btw thanks! :d
December 12, 2010 at 6:44 PM
semoga cepat sembuh ya :)
December 12, 2010 at 10:34 PM
@shazzy :): Huhu hopefully, thanks! :k
December 14, 2010 at 3:33 PM
go abam artis goo. sehat sehat cepat. :h
December 15, 2010 at 11:59 AM
@naomiashikin: Hehe sekarang ni memang dah terlebih sihat pun.. :f
December 28, 2010 at 10:52 PM
jaga makan lepas ni oke?
December 29, 2010 at 10:46 AM
@zaira: Baik doc! :$
January 7, 2011 at 12:56 AM
Ayah I pon ade gout. Risau jugak =(
Thanks 4 da info !!
January 7, 2011 at 2:40 PM
alhamdulillah dah sihat..jaga ar kesihatan leklok..kita muda lagi..jauh lagi perjalanan :)
January 7, 2011 at 3:42 PM
manakala aku ni terkena penyakit
blogger tegar.
1.1.11 11:11 pagi Dimana Ali ridha?
January 17, 2011 at 9:39 PM
Wow! Very interesting blog you had here! Wish to connect with you on Google Friend Connect! Cheers! =) (http://whimsicalss.blogspot.com/)
January 19, 2011 at 12:00 PM
@Bay: Thanks! I've connected to your Google Friend Connect :D
January 19, 2011 at 7:56 PM
@ღ TeRU²bOzUღ: Oh yeke.. Your dad kena selalu jaga makan dan cepat2 gi klinik kalau sendi bengkak2..
January 19, 2011 at 7:56 PM
@Fitrihadi.com: Betul betul betul :mj
January 19, 2011 at 7:57 PM
@Ali ridha: Haha, parah gak tu bro :f
January 22, 2011 at 1:17 AM
get well soon....dah ok tak ni?
January 22, 2011 at 11:43 AM
@nur hidayah isa: Alhamdulillah, sekarang dah tak bengkak lagi.. Cuma kena jaga makan je la pasni, huhu..
January 27, 2011 at 12:53 AM
nice info abt gout. watch ur diet, everything will turn out ok insyaAllah :)
January 27, 2011 at 1:16 AM
@fatinAfi: Insya Allah, thanks ya ;)
June 29, 2011 at 11:33 AM
Gout terjadi bila wujudnya lebihan asid dalam badan..Apa yg boleh meneutralkan asid? Alkali..
Cuba minum Alkaline Water Plus..Kemudian, nilaikan..
SILA LIHAT TESTIMONI
>>> http://alkalinewatertoyou.blogspot.com/p/testimoni.html
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT!
June 29, 2012 at 12:34 PM
postingan yang bagus tentang Bila dah kena penyakit gout...
November 22, 2012 at 3:51 PM
salam acap. takhziah utk gout tu. banyak asid urik dlm badan ni :D
May 14, 2013 at 11:56 AM
amalkan supplemen alfalfa... mengalkalikan tubuh dan menyingkirkan toksin.. need more details SMS/WhatsApp Aysha : 012-325 2960 murah je.. ;)