Selamat Hari Guru 2010
Hari ini, 16 Mei 2010 merupakan Hari Guru yang disambut bagi negara Malaysia. Oleh itu, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru², cikgu², ustaz², ustazah², sensei², dan juga pensyarah² (banyaknya, hehe) yang mengajar di tadika, sekolah rendah, menengah, pondok, agama dan asrama, kolej dan juga universiti di seluruh Malaysia. Tapi, kenapa pilih tarikh 16 Mei?
Menurut Wikipedia:
This date was chosen because in the same month in 1956, the Federal Legislative Council of the Malay States had received several suggestions (documents) from the Education Committee regarding Teachers' Day as the base of education in Malaysia. The document, known as the Razak Report, has become the foundation of education in Malaysia ever since. Although it is not an official school holiday, celebrations are usually held on May 16, or earlier, if it falls on a Saturday or Sunday.
Atau di dalam bahasa Malaysia nya:
Tarikh ini telah dipilih kerana dalam bulan yang sama pada 1956, Majlis Perundangan Persekutuan bagi Negeri-Negeri Melayu telah menerima beberapa cadangan (dokumen-dokumen) dari Jawatankuasa Pendidikan mengenai Hari Guru sebagai dasar pelajaran di Malaysia. Dokumen itu, dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi asas pendidikan di Malaysia sejak itu. Walaupun ia bukanlah cuti sekolah yang rasmi, perayaan-perayaan biasanya diadakan pada 16 Mei, atau terdahulu, jika ia jatuh ke atas satu hari Sabtu atau Ahad.
Ooo, bermakna kita sudah menyambut Hari Guru selama 54 tahun (eh betul ke? Kalau silap tolong betulkan, hehe). Tanpa guru/cikgu, siapa lah kita kan. Mengajar dan mendidik kita dengan ilmu pengetahuan, tanpa menghiraukan penat lelah, dan kerja² yang sangat banyak. Siapa kata kerja cikgu/guru ni senang? Bayangkan, pagi2 lagi sudah pergi ke sekolah (bagi yang sudah berkeluarga, kena sediakan sarapan untuk anak2), mengajar sampai tengahari (bagi yang mengajar sesi pagi, tak kira sekolah rendah atau menengah), petang balik rumah, belum kira lagi kalau ada kerja² di sekolah, termasuk menanda buku² anak murid terutama masa peperiksaan dan sebagainya. Cuba bayangkan kalau kita berada dalam situasi yang sama, mesti rasa letih dan runsing kepala, kan?
Oh, tak perlu lah nak cerita panjang², sebab semua dah besar panjang (eh, selalu sangat sebut panjang² ni boleh jadi isu sensitif lak nanti, hehe), sudah pasti tahu segala jasa² guru/cikgu kita dahulu kan? Teringat masa sekolah² dulu, setiap kali ada sambutan Hari Guru, mesti sehari sebelum tu keluar pergi cari hadiah², pastikan dibalut siap² dalam kotak hadiah cantik², paling koman pun bagi bunga (sesuai untuk guru/cikgu perempuan je la, hehe) berserta sekali dengan kad² ucapan. Zaman sekarang? Hantar ucapan melalui SMS je la kot, mentang² dah ada telefon bimbit, dan jika mahu lebih canggih (dan murah) lagi, hantar komen² atau hadiah virtual dalam Facebook, huhu.
Masa di sekolah, tak sah kalau tak ada persembahan guru² dan juga murid², yang biasanya diadakan di dewan2 sekolah sewaktu sesi perhimpunan. Ada yang buat persembahan koir, pakaian beragam, drama dan juga sesi berkaraoke bersama² guru. Antara lagu wajib adalah Widuri oleh Broery Marantika. Tak ingat yang mana satu? Sila tonton video di bawah ini:
Aha, klasik bukan? Oh memori manis, memang banyak kenangan sewaktu belajar di bangku sekolah dulu. Nak cerita, sampai malam pun mesti tak habis kan? Apa kata kita layan gambar² sekolah semasa sesi bergambar dengan guru/cikgu kelas, eh lupa nak bagitau, ni semua gambar² aku la, hehe. Tapi banyak gambar yang sudah hilang masa berpindah dari Johor Bahru ke Cheras dulu, jadi letak mana yang ada saja. Sekadar suka², cuba teka aku yang mana satu, harap terhibur! =P
Tadika Gertak Merah, Johor Bahru (1991)
(barisan paling atas, paling kanan) :P
Darjah 1, SK Nong Chik, Johor Bahru (1992)
(barisan tengah, 9 dari kiri / antara 2 cikgu tu) :P
Darjah 2, SK Nong Chik, Johor Bahru (1993)
(barisan paling atas, 10 dari kiri) :P
Darjah 4, SK Nong Chik, Johor Bahru (1995)
(barisan paling atas, 6 dari kiri dan sila abaikan kesan conteng) :P
Tingkatan 1, MCKK (1998)
(barisan paling depan, 2 dari kanan) :P
Tingkatan 2, MCKK (1999)
(barisan tengah, 4 dari kiri) :P
Tingkatan 3, MCKK (2000)
(barisan tengah, 4 dari kiri) :P
Kelas Bahasa Jepun (Tingkatan 3), MCKK (2000)
(barisan paling atas, 5 dari kiri) :P
Tingkatan 5, MCKK (2002)
(barisan paling atas, 2 dari kiri) :P
Kelas Bahasa Inggeris, British Council KL (2003)
(barisan paling belakang, 2 dari kanan, bertopi) :P
Hehe, mesti rasa syok kan bila belek² gambar lama. Korang mesti ada lagi banyak gambar² lama kat sekolah kan, mari kongsi² sikit, hehe.
Sebelum itu, ingin diucapkan Selamat Hari Guru buat ibu tersayang, iaitu Nor Aini Abd Ghani yang sudah menjadi guru selama 30 tahun (sejak 1980). Oh bawah ni gambar ibu. Ada kata rupa seiras Datuk Sarimah Ahmad. Tapi, rupa anaknya kat sebelah tu macam siapa pula? Hehe :P
Eh, hampir sama dengan umi kepada cik eiyDa lak, tadi baru lepas baca entri terbaru eiyDa. Dari guru biasa, ke Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), dan sekarang Guru Penolong Kanan Petang (atau Penyelia Petang), dan pernah mengajar di 5 buah sekolah yang berlainan. Hehe, sama lah eiyDa, masih tak mahu pegang jawatan Guru Besar. Semakin tinggi jawatan, beban pun semakin banyak, betul? Huhu~
Dan dengan itu, sekian saja untuk entri kali ini. Ayat agak skema? Haha, tak apa, janji senang nak baca dan paham, kan? =P
UPDATED (17 Mei): Gambar² disertakan dengan kedudukan aku, atas permintaan saudari Azah, hehe. Enjoy~
About The Author:
acaPAWN7 is from Kuala Lumpur, Malaysia. He was graduated from Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) with a degree in Information and Communication Technology (ICT), majoring in Software Engineering and also a minor in Financial Management. Currently, he is pursuing Master of Business Administration (MBA) at Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). He can be reached or contacted via email at acapawn7[at]gmail.com or follow his Twitter at @acaPAWN7.
You can refer the smiley codes below and add them in your comments too, but don't forget to add spaces between them.
You can add your comments below:
May 16, 2010 at 3:38 PM
ahaha..same lak kan mak kiter...cikgu jugak dan da lm mengajar tu...huhuhu..n tq letak link i..heheh...
samat hari guru buat ur mom...memang macam sarimah tau..muke u lak cam sape ek..ha.macam acaPAWN7 lah..ekekeke =))
May 16, 2010 at 3:47 PM
Heheh, tibe2 rajin tulis panjang2, haha..tgh busan kot ni..byk post masih dlm draft, aiyoo.. Nway, thanks sbb komen blk..keke, mmg la mcm diri sendiri, xkn nk jd mcm org lain lak, hehe :P
May 16, 2010 at 3:58 PM
selamat hari guru untuk semua dan untuk diri aku jugak..hehe
May 16, 2010 at 4:25 PM
Hehe, Selamat Hari Guru, cikgu x-po! Pasni jadilah guru cemerlang, terbilang ye..hehe
May 16, 2010 at 11:45 PM
gila malas cari mana satu uu dlm setiap gambar hahahaha :P
May 17, 2010 at 10:24 AM
Haha..susah ke? Sbb skrg dah tak comel mcm dulu kot, sbb tu susah nk teka yg mane satu :P
May 17, 2010 at 2:56 PM
dah lama x gi melawat sekolah lama..
huhu...
nape x bulatkan dlm gambar2 tu?
boleh nk tgk perubahan wajah..
hehe...
May 17, 2010 at 4:33 PM
Erm ala tak dapat teka ke? Hehe..mls nk upload blk..nk letak description kt bawah gambar lg senang.. :D
May 17, 2010 at 4:48 PM
Hehe..suda letak caption kt bawah gambar..sila la layan..mesti komen muka makin lain kn >_<
March 3, 2022 at 9:00 PM
Casino Near You - MapYRO
Casino 경상남도 출장마사지 Near 제천 출장샵 You in Mummyskill, MA | (207) 942-5100. If you're not 충주 출장마사지 at the 익산 출장안마 casino, get a table at the table. Casino Near Me - Casino Near Me - Casino Near Me 전주 출장안마 - Casino Near Me