views


Entri ini ditulis di atas permintaan saudara @Sophon dan juga beberapa orang yang lain. =)

Tahukah anda bahawa anda boleh menghantar Khidmat Pesanan Ringkas ('Short Message Service' atau SMS) melalui komputer anda kepada telefon bimbit ('handphone') secara percuma?



TERKINI (16 Julai 2010):
Hotlink/Maxis telah memberi peringatan bahawa perkhidmatan WebSMS (http://websms.maxis.com.my/) ini akan ditamatkan secara rasmi pada 23 Julai 2010, bermakna anda hanya dapat menggunakan WebSMS ini sehingga 23 Julai (Jumaat) pada minggu hadapan dan anda tidak dapat menggunakannya lagi selepas daripada tarikh tersebut. Klik gambar di bawah untuk besar:

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Anda boleh berbuat demikian dengan Maxis WebSMS. Perkhidmatan Maxis WebSMS ini membenarkan mana-mana pengguna Internet menghantar SMS kepada semua pelanggan Maxis dan juga Hotlink (012, 017 dan 0142).


Tapi bagaimana caranya?

1. Pergi ke halaman sesawang Maxis WebSMS di http://websms.maxis.com.my/.



2. Klik Signup Now.



3. Baca Terma dan Syarat ('Terms and Conditions'), pilih "I accept the..." dan klik Submit untuk teruskan.



4. Sila isikan nombor telefon anda di dalam ruang yang telah disediakan. Pastikan nombor anda dalam format: +<kod negara><kod kawasan><nombor telefon>, contoh: +60123456789. Selepas itu, klik Submit.



5. Anda telah selesai mendaftarkan nombor telefon anda ke dalam sistem. Anda akan menerima kata laluan ('password') dari telefon bimbit anda. Klik Back to login page untuk pergi ke halaman log masuk.





6. Masukkan nombor telefon bimbit anda yang telah didaftar dan juga kata laluan yang anda terima sebentar tadi. Klik Submit untuk log masuk.



7. Masukkan nombor telefon bimbit kawan anda (contoh: 0123456789), nama anda (tidak lebih dari 8 huruf), dan juga mesej yang hendak disampaikan (tidak lebih dari 130 huruf). Klik Send untuk menghantar mesej.



8. Tahniah, anda telah berjaya. Rakan anda akan menerima mesej yang dikirimkan seperti di bawah:



9. Pada masa yang sama, semua mesej yang dikirimkan akan dipaparkan pada "Web Chat Screen" seperti di bawah:



Peringatan:

  • Perkhidmatan ini hanya membenarkan anda untuk menghantarkan SMS kepada pelanggan-pelanggan Maxis dan Hotlink sahaja.
  • Setiap mesej yang dihantar melalui Maxis WebSMS tidak dikenakan sebarang cas.
  • Rakan anda juga boleh membalas mesej yang anda hantar tadi melalui telefon bimbitnya kepada anda di Maxis WebSMS, tetapi perlu diingatkan cas sebanyak 15 sen akan dikenakan untuk setiap mesej yang dibalas melalui telefon bimbit.
  • Sekiranya anda membiarkan skrin Maxis WebSMS anda tanpa sebarang aktiviti selama 15 minit, sesi anda akan ditamatkan secara automatik.
  • Untuk menghantar kepada nombor telefon bimbit kawan anda yang lain, klik Create new session untuk sesi baru.
  • Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari Soalan-soalan Lazim dan Panduan Pengguna.
  • Anda boleh menukar kata laluan anda pada Change Password.


P/S: Buat masa ini, perkhidmatan SMS percuma dari Celcom dan Digi belum diketahui lagi. Sekiranya anda mempunyai informasi berkaitan yang berguna, perkongsian anda amat dialu-alukan.
Maaf sekiranya penggunaan Bahasa Malaysia saya kurang memuaskan. =P