views


Wah, masing² sibuk memperkatakan isu² semasa yang hangat mengenai bola sepak, terutamanya Piala Dunia 2010 (World Cup), tidak kira tua ataupun muda. Hingga ke hari ini, hampir dua minggu perlawanan Piala Dunia berlangsung di antara pasukan² dari 32 buah negara yang bertanding. Buat pertama kali ia diadakan di benua Afrika, iaitu di Afrika Selatan (South Africa), perlawanan Piala Dunia 2010 bermula sejak 11 Jun 2010, dan dijangka akan berakhir pada 11 Julai 2010. Korang sokong pasukan mana? Kalau aku, mestilah aku sokong pasukan dari negara Brazil!



Sumber gambar: Wikipedia


Kenapa aku pilih pasukan Brazil sebagai juara Piala Dunia 2010?

  • Berdasarkan statistik, pasukan Brazil pernah mengondol juara Piala Dunia sebanyak 5 kali (tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002).
  • Setakat ini, Brazil telah memenangi 2 perlawanan, antaranya ke atas Korea DPR (2-1) dan juga yang terkini ke atas Ivory Coast (atau Côte d'Ivoire, 3-1).
  • Satu² nya negara yang telah bermain pada setiap kali Piala Dunia dianjurkan sebanyak 19 kali.
  • Dibarisi pemain² handalan dan ternama seperti Kaka, Luis Fabiano, Robinho, Felipe Melo, Lucio, Maicon dan juga Juan.
  • Dijaga oleh penjaga² gol yang hebat seperti Júlio César dan juga Doni.
  • Dibimbingi oleh seorang jurulatih yang sangat mantap dan berkaliber, iaitu Dunga sejak 2006, yang merupakan bekas pemain tengah Brazil dari tahun 1982 hingga 1998 (ada ke patut adik aku kata muka dia iras² Arnold Schwarzenegger dalam filem Terminator, haha).
  • Berada dalam kedudukan teratas dan yang paling lama dalam FIFA World Rankings.
  • Sangat terkenal dengan corak permainan ala tarian "samba" yang cantik.




Sumber gambar: WPSN

Senarai barisan pasukan Brazil berserta dengan nombor pemain:

  • Penjaga Gol: Julio Cesar (1), Doni (22), Heurelho Gomes (12).
  • Pemain Pertahanan: Maicon (2), Daniel Alves (13), Lucio (Kapten, 3), Juan (4), Luisão (14), Thiago Silva (15), Gilberto (16), Michel Bastos (6).
  • Pemain Tengah: Gilberto Silva (8), Felipe Melo (5), Josué (17), Elano (7), Ramires (18), José Kléberson (20).
  • Penyerang: Kaká (10), Júlio Baptista (19), Robinho (11), Nilmar (21), Luís Fabiano (9), Grafite (23).
  • Jurulatih: Dunga.


Pada hari Jumaat nanti (25 Jun 2010), pasukan Brazil bakal berdepan pencabar utama bagi kumpulan G, iaitu Portugal. Berkemungkinan persaingan sengit akan berlaku diantara kedua-dua pasukan di stadium Durban nanti. Walaupun Portugal menjaringkan gol terbanyak baru² ini ke atas Korea DPR (sebanyak 7 gol), namun tetap berada di bawah pasukan Brazil dalam kumpulan G berdasarkan jumlah mata (Brazil 6, Portugal 4). Bagi aku, kalaulah jaguh² handalan seperti Ronaldo, Cafu, Ronaldinho, Romário, Rivaldo, Roberto Carlos, Zico, dan juga Pelé masih lagi bermain untuk pasukan Brazil, aku rasa Brazil sudah tentu mampu membolot gelaran juara Piala Dunia 2010 dan juga berpesta gol. Sampai ke hari ini, aku masih kagum dengan kehebatan bekas² pemain Brazil, terutamanya Pelé, dan Ronaldo.




Oh ya, entri ini ditulis untuk menyertai peraduan teka Juara FIFA Worldcup 2010 yang dianjurkan oleh @Denaihati secara suka². Kalau tekaan betul, boleh dapat RM250, banyak gak tu kan. Aku rasa dah terlambat untuk join, sebab tarikh tutup adalah pada hari esok (23 Jun 2010). Senarai pasukan pilihan juara FIFA Worldcup 2010 oleh para blogger boleh tengok disini: http://denaihati.com/10-pasukan-pilihan-blogger-untuk-juara-fifa-worldcup-2010. TERKINI (27 Jun 2010): Tarikh tutup peraduan @Denaihati telah dilanjutkan sehingga pukul 11.59pm, pada hari Isnin (28 Jun 2010).

Jangan lupa tengok gambar, video, berita terkini, statistik dan juga keputusan rasmi untuk setiap perlawanan Piala Dunia 2010 di laman sesawang FIFA.com (klik LIVE kalau perlawanan sedang berlangsung) dan juga di info@Denaihati.

Jadi, pasukan mana yang anda rasa layak menjadi juara Piala Dunia 2010? Siapa yang sokong Brazil, sila angkat tangan tinggi²! =P

KEPUTUSAN TERKINI:
25 Jun 2010 - Portugal dan Brazil seri tanpa sebarang jaringan
28 Jun 2010 - Brazil menang 3 gol berbalas 0 ke atas Chile
2 Julai 2010 - Belanda menang 2 gol berbalas 1 gol ke atas Brazil (kalah nampaknya kali ini, sob2..)