Koleksi logo dan maskot FIFA World Cup
Sejak kejohanan Piala Dunia 2010 berlangsung, bagi mereka yang gilakan bola sepak sudah pasti tidak akan terlepas menyaksikan pasukan² kegemaran mereka di kaca TV. Baik di rumah, ataupun di gerai makanan, janji ada kotak TV ataupun Astro sudah cukup untuk merasai kehangatan perlawanan Piala Dunia. Kejohanan bola sepak antarabangsa ini telah dianjurkan sejak tahun 1930 dan tahun ini merupakan kejohanan kali yang ke-19. Oh ya, kali ni nak kongsikan bersama koleksi² logo dan juga maskot dari dahulu sampai sekarang.
Di bawah ini adalah segala logo² dan juga maskot² rasmi yang telah direka untuk kejohanan FIFA World Cup dan juga statistik bagi setiap kejohanan, mari kita lihat satu persatu:
1. 1930 FIFA World Cup
Tempat: Uruguay
Jumlah pasukan: 13
Jumlah perlawanan: 18
Jumlah jaringan gol: 70
Perlawanan akhir: Uruguay (4) - Argentina (2)
2. 1934 FIFA World Cup
Tempat: Itali
Jumlah pasukan: 16
Jumlah perlawanan: 17
Jumlah jaringan gol: 70
Perlawanan akhir: Itali (2) - Czechoslovakia (1)
3. 1938 FIFA World Cup
Tempat: Perancis
Jumlah pasukan: 15
Jumlah perlawanan: 18
Jumlah jaringan gol: 84
Perlawanan akhir: Itali (4) - Hungary (2)
4. 1950 FIFA World Cup
Tertangguh selama 12 tahun akibat Perang Dunia Kedua yang meletus di antara 1939 hingga 1945
Tempat: Brazil
Jumlah pasukan: 13
Jumlah perlawanan: 22
Jumlah jaringan gol: 83
Perlawanan akhir: Uruguay (2) - Brazil (1)
5. 1954 FIFA World Cup
Tempat: Switzerland
Jumlah pasukan: 16
Jumlah perlawanan: 26
Jumlah jaringan gol: 140
Perlawanan akhir: Jerman Barat (3) - Hungary (2)
6. 1958 FIFA World Cup
Tempat: Sweden
Jumlah pasukan: 16
Jumlah perlawanan: 35
Jumlah jaringan gol: 126
Perlawanan akhir: Brazil (5) - Sweden (2)
7. 1962 FIFA World Cup
Tempat: Chile
Jumlah pasukan: 16
Jumlah perlawanan: 32
Jumlah jaringan gol: 89
Perlawanan akhir: Brazil (3) - Czechoslovakia (1)
8. 1966 FIFA World Cup
Tempat: England
Maskot: Seekor singa yang bernama Willie (maskot pertama)
Jumlah pasukan: 16
Jumlah perlawanan: 32
Jumlah jaringan gol: 89
Perlawanan akhir: England (4) - Jerman Barat (2)
9. 1970 FIFA World Cup
Tempat: Mexico
Maskot: Seorang budak lelaki yang bernama Juanito yang memakai topi ala Mexico
Jumlah pasukan: 16
Jumlah perlawanan: 32
Jumlah jaringan gol: 95
Perlawanan akhir: Brazil (4) - Itali (1)
10. 1974 FIFA World Cup
Tempat: Jerman Barat
Maskot: Dua budak lelaki yang bernama Tip dan Tap
Jumlah pasukan: 16
Jumlah perlawanan: 38
Jumlah jaringan gol: 97
Perlawanan akhir: Jerman Barat (2) - Belanda (1)
11. 1978 FIFA World Cup
Tempat: Argentina
Maskot: Seorang budak lelaki yang bernama Gauchito (Gaucho - panggilan pengembala lembu di Amerika Selatan)
Jumlah pasukan: 16
Jumlah perlawanan: 38
Jumlah jaringan gol: 102
Perlawanan akhir: Argentina (3) - Belanda (1)
12. 1982 FIFA World Cup
Tempat: Sepanyol
Maskot: Sebiji buah oren yang bernama Naranjito (Naranja - untuk oren dalam bahasa Sepanyol)
Jumlah pasukan: 24
Jumlah perlawanan: 52
Jumlah jaringan gol: 146
Perlawanan akhir: Itali (3) - Jerman Barat (1)
13. 1986 FIFA World Cup
Tempat: Mexico (kali kedua)
Maskot: Sejenis pokok cili dari Mexico, mempunyai misai dan memakai topi ala Mexico yang bernama Pique (datang dari perkataan 'lada atau sos' dalam bahasa Sepanyol)
Jumlah pasukan: 24
Jumlah perlawanan: 52
Jumlah jaringan gol: 132
Perlawanan akhir: Argentina (3) - Jerman Barat (2)
14. 1990 FIFA World Cup
Tempat: Itali (kali kedua)
Maskot: Orang lidi berkepala bola yang bernama Ciao (sapaan dalam bahasa Itali)
Jumlah pasukan: 24
Jumlah perlawanan: 52
Jumlah jaringan gol: 115
Perlawanan akhir: Jerman Barat (1) - Argentina (0)
15. 1994 FIFA World Cup
Tempat: Amerika Syarikat)
Maskot: Seekor anjing yang bernama Striker
Jumlah pasukan: 24
Jumlah perlawanan: 52
Jumlah jaringan gol: 141
Perlawanan akhir: Brazil (3) - Itali (2)
16. 1998 FIFA World Cup
Tempat: Perancis (kali kedua)
Maskot: Seekor ayam jantan yang bernama Footix
Jumlah pasukan: 32
Jumlah perlawanan: 64
Jumlah jaringan gol: 171
Perlawanan akhir: Perancis (3) - Brazil (0)
17. 2002 FIFA World Cup
Tempat: Korea Selatan dan Jepun
Maskot: Tiga makhluk futuristik yang bernama Ato (oren, selaku jurulatih), Kaz (ungu, pemain) dan Nik (biru, pemain)
Jumlah pasukan: 32
Jumlah perlawanan: 64
Jumlah jaringan gol: 161
Perlawanan akhir: Brazil (2) - Jerman (0)
18. 2006 FIFA World Cup
Tempat: Jerman (kali kedua)
Maskot: Seekor singa yang bernama Goleo (GO - untuk gol dan LEO - perkataan Latin untuk singa) dan sebiji bola yang boleh bercakap yang bernama Pille
Jumlah pasukan: 32
Jumlah perlawanan: 64
Jumlah jaringan gol: 147
Perlawanan akhir: Itali (5) - Perancis (3)
19. 2010 FIFA World Cup
Tempat: Afrika Selatan
Maskot: Seekor harimau bintang yang bernama Zakumi (ZA - singkatan kod negara Afrika Selatan, KUMI - 'sepuluh' dalam pelbagai bahasa Afrika)
Jumlah pasukan: 32
Jumlah perlawanan: 64
Jumlah jaringan gol: 145
Perlawanan akhir: Sepanyol (1) - Belanda (0)
Mengikut statistik di atas, Brazil adalah negara yang paling banyak menjuarai kejohanan Piala Dunia, iaitu sebanyak 5 kali, diikuti dengan Itali (4 kali), Jerman (3 kali), Uruguay dan Argentina (masing² 2 kali), dan England dan Perancis (masing² hanya sekali). Kali ini, aku jangkakan Brazil akan dapat membolot kembali takhta juara Piala Dunia 2010. Kita tunggu dan lihat..
Pheww, penat jugak rupanya nak buat senarai yang panjang², hoho~ :P
PS: Sumber gambar dan logo di atas adalah hakmilik FIFA.com dan Waka Waka..eh, Wikipedia. (heheh)
About The Author:
acaPAWN7 is from Kuala Lumpur, Malaysia. He was graduated from Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) with a degree in Information and Communication Technology (ICT), majoring in Software Engineering and also a minor in Financial Management. Currently, he is pursuing Master of Business Administration (MBA) at Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). He can be reached or contacted via email at acapawn7[at]gmail.com or follow his Twitter at @acaPAWN7.
You can refer the smiley codes below and add them in your comments too, but don't forget to add spaces between them.
You can add your comments below:
June 24, 2010 at 9:21 PM
FIFA world cup 2002 paling best...
sebab negara Asia penganjur and Germany berentap di perlawanan akhir..
walaupun kalah...
GO GERMANY GO!
June 24, 2010 at 9:27 PM
huh aku tak tahu nak komen apa sebab aku tka minat bola tapi sebab ko dah penat tulis dan buat reseach sket maka aku katakan la sket
kenapa dia guna buah oren? tak de buah lain ke.. haha macam tomatoman beb :D
June 24, 2010 at 9:36 PM
@Nyze The PumpkinBee:
Yeah, tahun 2006 kn Zinedine Zidane buat heatbutt kat dada Materazzi, epic gila..haha
June 24, 2010 at 9:39 PM
@tmukmkd:
Haha ces.. Buah oren tu mungkin buah kebangsaan Sepanyol kot.. Wakaka memang macam Tomatoman pun =P
June 25, 2010 at 12:13 AM
oh maskot kali ni harimau bintang ke?? tak pernah tau pun.. mungkin sebab takde tunjuk kat tv kot adoiii
June 25, 2010 at 4:05 AM
mcm2 ada...yg thn ni pon cun jgk..hehe
June 25, 2010 at 11:42 AM
@Fitrihadi.com:
Rasanya mase opening awal2 dulu ada kn? :D
@azizan4444:
Tahun ni cun dan comel je.. Next time Brazil lak nk buat maskot ape ye? Ular Anakonda? :P
June 25, 2010 at 12:21 PM
oh time tu tak tengok ar..maybe tgh nganga depan laptop kot haha
June 25, 2010 at 2:56 PM
@Fitrihadi.com:
Hahaha..takpe, boleh tgk blk opening dlm YouTube, mesti ada tu :D
June 28, 2010 at 1:54 PM
paling suke yg germany n africa tuu :)
June 28, 2010 at 3:20 PM
@miss lolly a.k.a luvfareda:
Q: Antara dua2 tu, mane paling kiut?
A: Mesti la miss lolly, eheh :P