Ketika hendak bangun pagi pada hari Rabu minggu lepas (1 Disember 2010), tangan kiri terasa sangat sakit sekali. Pedih tak terkata. Picit² di tempat yang terasa sakit tu, tak ada bengkak pun. Mungkin salah tidur kot malam tadi. Dalam hati, rasa tak ada apa² yang serious sangat, mungkin lenguh tangan. Jadi, abaikan je lah kejap. Sampailah ke hari Jumaat (selepas 2 hari), pergelangan tangan mula bengkak sedikit (seperti gambar di sebelah) dan tangan kiri tak boleh lurus ke bawah. Gerak sikit je pun terasa pedih, apatah lagi kalau banyak.