views


Gedebak gedebuk, hari ni (30 Julai 2010) genaplah setahun aku menggunakan account Twitter. Wah, Selamat Hari Jadi diucapkan kepada (apeda wish kat diri sendiri)! Hehe jangan takut, aku tak gila lagi. Sebenarnya ni adalah account Twitter aku yang kedua. First account? Aku memang dah tak ingat account yang pertama dulu, pernah register pada tahun 2007. Masa tu sengaja je nak cuba² laman sosial Twitter, tapi tak aktif langsung. Sebab tak ramai kawan (atau memang takde kot masa tu), huhu. Sampailah aku lupa terus apa ID dan password yang aku guna untuk account pertama tu. Mungkin masa tu sangat sibuk dengan FYP dan juga convocation, jadi terbiarlah account tu. Sehinggalah pertengahan tahun 2009, tengok² Twitter ni macam menarik. Jadi apa lagi, aku pun registerlah kembali dengan menggunakan ID (jangan lupa add aku kalau belum add lagi ye!). Oh ya, kalau korang nak tahu sudah berapa lama korang join Twitter, cuba masukkan ID korang di laman web When Did You Join Twitter?.


Dari semasa ke semasa, Twitter menjadi laman sosial dan mikro-blogging yang semakin berkembang pesat. Rata² pengguna blogger (tak kira Blogger atau Wordpress), kebanyakannya mempunyai account Twitter. Walaupun pesanan (message aka tweet) hanya terhad kepada 140 huruf, tapi dengan menggunakan idea kreatif dari otak masing², setiap "tweet" mampu disampaikan dengan seringkas yang mungkin, samada menggunakan "shortform" ataupun "link" (seperti Twitlonger untuk mesej yang lebih panjang). Sejak Twitter dapat diakses melalui telefon bimbit dan telefon pintar (smartphones), budaya tweet telah menjadi suatu fenomena dalam dunia maya dimana pengguna² akan online tanpa henti 24/7 (dan bil telefon pun semakin melonjak la kan? *huhu*).


Sekarang ni pun, Twitter juga telah menjadi salah satu list dalam hobi atau aktiviti masa lapang masing². Disebabkan ianya simple dan senang digunakan, sama seperti SMS ataupun chatting, kadang² ia juga menjadi aktiviti harian, malah bangun pagi pun, mesti nak menghantar tweet dulu sebelum mandi (jangan kata korang tak buat macam tu, hehe). Macam² benda lah yang boleh dibuat dengan Twitter ni, seperti mengetahui informasi terkini dalam dunia Internet, samada dalam negera Malaysia dan juga seluruh pelusuk dunia, berkongsi maklumat, berborak dengan kawan², dan macam² lagi lah. Kalau nak cerita pun, korang pun tahukan banyak lagi yang kita boleh gunakan dengan Twitter. Populariti Twitter pun agak setanding dengan Facebook, walaupun Facebook mempunyai lebih ramai pengguna (500 juta, berbanding 190 juta untuk Twitter, menurut sumber Wikipedia). Yelah, Facebook ditubuhkan 2 tahun lebih awal dari Twitter.


Macam mana korang access account Twitter? Selagi korang mempunyai komputer ataupun laptop, telefon bimbit ataupun telefon pintar, dan juga boleh online di mana jua korang berada, banyak client atau software yang boleh korang gunakan untuk meng-access account Twitter. Aku listkan beberapa client, mungkin ada yang korang tak pernah dengar atau tak tahu sebelum ni, jadi bookmark lah cepat². Antaranya ialah:

1) Client untuk desktop:

2) Client untuk telefon bimbit/telefon pintar (handphones/smartphones):

3) Client dalam bentuk Web Browser:

4) Client dalam bentuk extension/addon/plugin untuk Web Browser:

5) Client/plugins/addons untuk Instant Messenger (IM):

Fuhh, banyak juga list aplikasi² untuk Twitter ni, kalah laman sosial yang lain. Berkemungkinan ada beratus² lagi aplikasi yang aku tak mampu nak senarai dan cari dalam Internet. Jadi, rajin² lah menggunakan Google Search la ye, hehe. Apa² pun, penggunaan Twitter sememangnya sangat best dan syok ketika b'online dengan Internet. Sambil boleh kenal ramai kawan² baru, berkongsi gambar², bertukar² pendapat, exchange link blog, dan macam² lagi lah. Berbanding dengan Facebook, aku lebih suka menghantar mesej dalam Twitter. Selalu sangat update status dalam Facebook (untuk beberapa kali dalam sehari) boleh disalah anggap oleh kawan² lain sebagai spam pula kan. Walau apa² pun, gunalah setiap kemudahan yang ada sebaik mungkin. Kalau korang nak cari senarai aplikasi² yang berkaitan dengan Twitter, boleh cuba jenguk² kat sini. Dan dapatkan maklumat terbaru yang berkaitan dengan Twitter melalui Mashable di sini.


Kredit kepada blog annadzirah yang mempunyai banyak info mengenai Twitter. Tak lupa juga diucapkan Selamat Hari Lahir untuk Ariana, daughter comel kepada , yang menyambut birthday yang ke-2 (tua setahun dari account Twitter aku je, hehe). Dan jangan lupa korang add aku (bagi yang belum add lagi) di . :)

P/S: Sejak dah start sem baru ni, aku sangat malas nak update blog, huhu..