views


Tak dapat dinafikan bahawa Sistem Pengulasan Blogger (Blogger Comment System) masih lagi lemah berbanding dengan platform Wordpress dan agak kekurangan dari segi option untuk menjawab kembali komen² orang lain dalam blog Blogger korang. Jadi, kebanyakkan pengguna² menggunakan beberapa sistem pengulasan yang popular seperti DISQUS, IntenseDebate, Echo dan juga yang lain. Bagi template blog sudah diubahsuai "bagai nak rak", bila nak embed coding DISQUS atau lain², ia terhalang atas sebab masalah coding.

Tetapi, jangan khuatir, kini korang boleh menjawab komen seseorang secara terus, tanpa perlu meletakkan tanda @ ataupun <nama Blogger> sebelum permulaan ayat yang korang nak komen tu (supaya senang nanti nak rujuk jawapan komen tadi diajukan kepada siapa). Dengan menambah sedikit coding ke dalam sistem pengulasan Blogger korang, setiap komen (samada dari korang sendiri ataupun dari orang lain) akan mempunyai option atau link untuk "Reply To Comment". Dalam hanya beberapa langkah dengan sedikit hack atau trick, korang boleh meletakkan option tersebut di dalam blog korang.


#1. Login ke Dashboard Blogger > Design > tab Edit HTML > tekan Expand Widget Templates.

#2. Cari code seperti di bawah ini di dalam 'Edit Template HTML' blog korang (tekan Ctrl dan F untuk bantuan mencari code tersebut):

<data:commentPostedByMsg/>

#3. Letakkan coding (copy and paste) ini betul² di bahagian bawah atau selepas code <data:commentPostedByMsg/> yang di atas tadi:

<span class='comment-reply'><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=YOUR-BLOG-ID&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E%3A#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450&quot;); return false;'>[Reply to comment]</a></span>

#4. Beri perhatian kepada code YOUR-BLOG-ID kerana korang perlu mengubah code tersebut. Untuk mencari ID Blogger korang, korang boleh cari di Dashboard Blogger > Design (ataupun korang boleh pergi ke New Post dan sebagainya di dalam Dashboard). Perhatikan URL page berkenaan pada web browser korang, seperti ini: http://www.blogger.com/rearrange?blogID=1234567890 (sebagai contoh), korang perlu copy dan paste nombor ID Blogger korang tersebut untuk digantikan pada code YOUR-BLOG-ID yang tadi. Korang juga boleh ubahsuai perkataan [Reply to comment] mengikut citarasa korang tersendiri pada code tadi.

#5. Tapi, bagaimana pula kalau korang tak jumpa langsung code <data:commentPostedByMsg/> dalam template blog? Tak perlu risau. Korang boleh cari code <p><data:comment.body/></p>, kalau terjumpa code tersebut, bolehlah paste code untuk langkah yang ketiga (#3) selepasnya. Link [Reply to comment] akan muncul selepas komen.

Atau kalau tiada juga, korang boleh tengok balik pada mana² blog post korang yang mempunyai komen. Setiap komen akan mempunyai beberapa info/items, seperti ID comment, nama Blogger, tarikh, waktu, delete icon dan lain². Contoh seperti pada gambar di bawah:


Dari situ, korang boleh rujuk balik kat mana korang nak letak code #3 tadi. Sebagai contoh, kita ambil "written by", cari perkataan tersebut pada template blog (Edit Template HTML), dan dari situ korang boleh agak kat mana nak letak coding yg ke #3 tadi (contohnya korang nak letak selepas "written by <nama Blogger>"). Korang boleh cuba beberapa kali sampai korang berpuas hati dengan kedudukan link [Reply to comment] dalam ruangan komen.

#6. Dan jangan lupa tekan Save Template, dan korang check balik halaman blog post korang untuk pastikan [Reply to comment] berada di setiap komen. Bila tekan link tersebut, sebuah window kecil akan muncul (popup) pada skrin dengan code dalam ruangan komen seperti di bawah (sebagai contoh):

@<a href="#c986086718614700297">(nama Blogger)</a>:

Korang tak perlu nak edit atau buang code tersebut, hanya isikan saja komen korang selepas code tersebut. Tekan butang Publish your comment dan korang akan mendapat link 'comment reply' pada jawapan komen tadi. Gambar popup window seperti di bawah:


Tahniah untuk korang sebab dah berjaya! (^^)y

Sumber: thisischen - How do I reply to comment on Blogger blogs? (original post) dan Spice Up Your Blog - How To Add A Reply Option To Blogger Comments.


P/S: Aku tak pakai text "link [Reply to comment]" tu pun tapi aku guna "image sprite". Nanti ada masa aku ajar lagi ye. Terima kasih sebab sudi baca blog post ni. :D

P P/S: Kalau ada error sebab code di atas tu tersalah copy dan paste (mungkin ada spacing antara codes), cuba korang copy kat Tinypaste ni. Harap takde masalah lagi.

PP P/S: Kalau ada masalah jugak, korang boleh cari aku kat YM: acaPAWN7 atau kat Twitter:

PPP P/S: Aku perasan fungsi "Reply To Comment" ni tak boleh digunakan dalam Blogger Pages (hanya boleh digunakan dalam Blogger Posts saja), kerana terdapat error "bX-tvtntf" yang muncul selepas korang click link "Reply To Comment" pada mana² komen dalam Blogger Pages berkenaan.