views


Alhamdulillah, entriku yang bertajuk Pilihan Juara FIFA World Cup 2010 sudah pun terpilih untuk peraduan yang dianjurkan oleh @Denaihati. Harap² pasukan pilihanku Brazil mampu mara hingga ke perlawanan akhir World Cup 2010 nanti pada 11 Julai 2010, (wah, boleh menang hadiah yang berjumlah RM1000!). Kepada yang terlepas peluang tu, anda boleh menyertai satu lagi peraduan dengan hadiah yang cukup menarik yang dianjurkan oleh Astro, iaitu Astro B.player contest. Apa pula hadiah² yang bakal menarik minat anda untuk menyertainya?



Hadiah:
1. Pusingan ke-16 (29 Jun - 1 Julai): sebuah Laptop dan enam Baucer Tiket Wayang berharga RM 100.
2. Suku Akhir (2 Julai - 5 Julai): sebuah Laptop dan enam Baucer Tiket Wayang berharga RM 100.
3. Separuh Akhir(6 Julai - 9 Julai): sebuah Laptop dan enam Baucer Tiket Wayang berharga RM 100.
4. Tempat ke-3, ke-4 dan Akhir (11 Julai - 12 Julai): sebuah TV LCD bersaiz 42 inci, sebuah Laptop, dan enam Baucer Tiket Wayang berharga RM 100.



Apa yang perlu anda buat hanyalah tonton perlawanan World Cup menerusi Astro B.player, hantar tweet sebanyak mungkin mengenai perlawanan yang sedang ditonton pada akaun Twitter anda, dan tweet tersebut mestilah disertai dengan hashtag #astrobplayer. Dan pada masa yang sama, anda perlu mengikuti di dalam Twitter. Pihak Astro akan mengesan tweet anda di dalam Twitter dan jika tweet tersebut disukai oleh pihak Astro, anda bakal dianugerahkan dengan satu hadiah! Memang menarik, bukan? =)

Anda hanya layak untuk menyertainya jika :
1. Anda mesti mempunyai minimum 5 pengikut (followers).
2. Anda berada di Malaysia.
3. Tweet anda dinilai berdasarkan yang paling kreatif, bukan sekadar kuantitati.
4. Terbuka hanya pada warga Malaysia.
5. Terhad kepada Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sahaja.
6. Tweet anda mestilah tidak dilindungi (non-protected tweets).

Peraduan ini sedang berlangsung dari 28 Jun 2010 sehinggalah 15 Julai 2010 (sebelum pukul 11.59 PM). Kalau nak tahu maklumat yang lebih lanjut mengenai cara² untuk menyertai peraduan tersebut, sila layari di laman Astro B.player, yang disertakan dengan panduan bergambar bagi memudahkan anda memahami satu per satu untuk cara penyertaan.

Jadi bagaimana? Jika anda seorang yang tersangatlah rajin ber'tweet', anda mesti menyertai peraduan ini, kerana anda bakal membawa pulang sebuah TV LCD yang bersaiz 42" (tidak diketahui lagi TV cap apa, janganlah pula cap ayam brand sudah :P), atau sebuah Laptop (berkemungkinan Laptop Dell, jika berdasar gambar hadiah di laman Astro), ataupun Baucer Tiket Wayang yang berharga RM100. Lumayan tu beb, jangan lepaskan peluang ini ye korang! Semoga berjaya! =D

Dan jangan lupa baca Terma dan Syarat dan Terma dan Syarat Asas peraduan tersebut.

Sumber gambar: Astro.com.my