views


Seperti yang anda ketahui, berjuta² orang menggunakan telefon bimbit atau telefon pintar mereka untuk mengakses Internet. Disokong dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi masa kini seperti talian 3G, mobile applications dan lain-lain, kelajuan Internet mudah-alih boleh dikatakan sangat cepat dan pantas (walaupun di Malaysia, ia dianggap sangat lembap, hehe). Tidak seperti komputer atau laptop, Internet dapat diakses dalam masa beberapa saat sahaja melalui telefon bimbit, dengan hanya menekan satu atau dua butang. Mudahkan?



Bagi pengguna² , aktiviti mempromosikan link blog di dalam Twitter sudah menjadi suatu kebiasaan. Kita tahu rata² pengguna Twitter menggunakan telefon bimbit mereka untuk mengakses Internet. Jadi, boleh dikatakan kebanyakan tetamu dan pembaca (visitors and readers) blog anda akan melawat atau terjah ke blog anda melalui telefon-telefon bimbit mereka. Tetapi, anda mungkin akan kehilangan pembaca² anda jikalau blog anda kurang atau tidak mesra pelayar telefon bimbit (tidak 'mobile friendly'). Ini kerana di dalam pelayar web telefon bimbit, sesetengah blog biasanya akan mengambil masa agak lama untuk memuatkan pelbagai imej dan gambar pada blog (loading time), dan juga isu lain seperti nisbah paparan (ratio display) laman blog anda tidak sesuai dengan saiz skrin telefon bimbit.



Kali ini, nak kongsikan bersama sedikit tips dan tutorial untuk menjadikan blog Blogger (bagi Blogger.com, Blogspot) anda mesra pelayar web telefon bimbit. Oh ya, bagi pengguna Wordpress pula, anda boleh mendapatkan tutorial di blog AzmanIshak. Bagi anda yang menggunakan Blogger Layout Template, tutorial ini sedikit sebanyak berguna untuk anda. Tapi jika template blog anda dibina dari Blogger Template Designer, berkemungkinan feature ini telahpun ditambah di dalam blog anda. Sekarang ikuti langkah² mudah seperti di bawah untuk menyediakan atau menjadikan blog Blogger anda mesra pelayar web telefon bimbit.

1. Login ke Dashboard Blogger anda > tab Design > Edit HTML.

2. Pastikan Expand Widget Templates telah anda tick dan scroll ke bawah sampai anda jumpa code ini:

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
3. Atau jika anda tidak menjumpai code berkenaan, pastikan anda jumpa code <head> tag.

4. Paste code ini betul² berada di bawah code yang di atas tadi:
<meta content='IE=EmulateIE7' http-equiv='X-UA-Compatible'/>
<b:if cond='data:blog.isMobile'>
<meta content='width=device-width, initial-scale=1.0, user-scalable=0' name='viewport'/>
<b:else/>
<meta content='width=1100' name='viewport'/>
</b:if>

5. Sekarang tekan Save Template dan anda sudah siap!

Dan itu saja! Sekarang, pelawat² boleh mengakses blog Blogger anda melalui telefon bimbit dengan kelajuan yang agak menakjubkan.

Sumber: Blogger Tricks dan Blogger Tips & Tricks.

PS: Kini loading time blog menjadi lebih pantas dalam telefon bimbit. :D