Tambah 'Reply to comment' untuk Blogger
Tak dapat dinafikan bahawa Sistem Pengulasan Blogger (Blogger Comment System) masih lagi lemah berbanding dengan platform Wordpress dan agak kekurangan dari segi option untuk menjawab kembali komen² orang lain dalam blog Blogger korang. Jadi, kebanyakkan pengguna² menggunakan beberapa sistem pengulasan yang popular seperti DISQUS, IntenseDebate, Echo dan juga yang lain. Bagi template blog sudah diubahsuai "bagai nak rak", bila nak embed coding DISQUS atau lain², ia terhalang atas sebab masalah coding.
Tetapi, jangan khuatir, kini korang boleh menjawab komen seseorang secara terus, tanpa perlu meletakkan tanda @ ataupun <nama Blogger> sebelum permulaan ayat yang korang nak komen tu (supaya senang nanti nak rujuk jawapan komen tadi diajukan kepada siapa). Dengan menambah sedikit coding ke dalam sistem pengulasan Blogger korang, setiap komen (samada dari korang sendiri ataupun dari orang lain) akan mempunyai option atau link untuk "Reply To Comment". Dalam hanya beberapa langkah dengan sedikit hack atau trick, korang boleh meletakkan option tersebut di dalam blog korang.

#1. Login ke Dashboard Blogger > Design > tab Edit HTML > tekan Expand Widget Templates.
#2. Cari code seperti di bawah ini di dalam 'Edit Template HTML' blog korang (tekan Ctrl dan F untuk bantuan mencari code tersebut):
<data:commentPostedByMsg/>
#3. Letakkan coding (copy and paste) ini betul² di bahagian bawah atau selepas code <data:commentPostedByMsg/> yang di atas tadi:
<span class='comment-reply'><a expr:href='"https://www.blogger.com/comment.g?blogID=YOUR-BLOG-ID&postID=" + data:post.id + "&isPopup=true&postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23" + data:comment.anchorName + "%22%3E" + data:comment.author + "%3C%2F%61%3E%3A#form"' onclick='javascript:window.open(this.href, "bloggerPopup", "toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450"); return false;'>[Reply to comment]</a></span>
#4. Beri perhatian kepada code YOUR-BLOG-ID kerana korang perlu mengubah code tersebut. Untuk mencari ID Blogger korang, korang boleh cari di Dashboard Blogger > Design (ataupun korang boleh pergi ke New Post dan sebagainya di dalam Dashboard). Perhatikan URL page berkenaan pada web browser korang, seperti ini: http://www.blogger.com/rearrange?blogID=1234567890 (sebagai contoh), korang perlu copy dan paste nombor ID Blogger korang tersebut untuk digantikan pada code YOUR-BLOG-ID yang tadi. Korang juga boleh ubahsuai perkataan [Reply to comment] mengikut citarasa korang tersendiri pada code tadi.
#5. Tapi, bagaimana pula kalau korang tak jumpa langsung code <data:commentPostedByMsg/> dalam template blog? Tak perlu risau. Korang boleh cari code <p><data:comment.body/></p>, kalau terjumpa code tersebut, bolehlah paste code untuk langkah yang ketiga (#3) selepasnya. Link [Reply to comment] akan muncul selepas komen.
Atau kalau tiada juga, korang boleh tengok balik pada mana² blog post korang yang mempunyai komen. Setiap komen akan mempunyai beberapa info/items, seperti ID comment, nama Blogger, tarikh, waktu, delete icon dan lain². Contoh seperti pada gambar di bawah:

Dari situ, korang boleh rujuk balik kat mana korang nak letak code #3 tadi. Sebagai contoh, kita ambil "written by", cari perkataan tersebut pada template blog (Edit Template HTML), dan dari situ korang boleh agak kat mana nak letak coding yg ke #3 tadi (contohnya korang nak letak selepas "written by <nama Blogger>"). Korang boleh cuba beberapa kali sampai korang berpuas hati dengan kedudukan link [Reply to comment] dalam ruangan komen.
#6. Dan jangan lupa tekan Save Template, dan korang check balik halaman blog post korang untuk pastikan [Reply to comment] berada di setiap komen. Bila tekan link tersebut, sebuah window kecil akan muncul (popup) pada skrin dengan code dalam ruangan komen seperti di bawah (sebagai contoh):
@<a href="#c986086718614700297">(nama Blogger)</a>:
Korang tak perlu nak edit atau buang code tersebut, hanya isikan saja komen korang selepas code tersebut. Tekan butang Publish your comment dan korang akan mendapat link 'comment reply' pada jawapan komen tadi. Gambar popup window seperti di bawah:

Tahniah untuk korang sebab dah berjaya! (^^)y
Sumber: thisischen - How do I reply to comment on Blogger blogs? (original post) dan Spice Up Your Blog - How To Add A Reply Option To Blogger Comments.
P/S: Aku tak pakai text "link [Reply to comment]" tu pun tapi aku guna "image sprite". Nanti ada masa aku ajar lagi ye. Terima kasih sebab sudi baca blog post ni. :D
P P/S: Kalau ada error sebab code di atas tu tersalah copy dan paste (mungkin ada spacing antara codes), cuba korang copy kat Tinypaste ni. Harap takde masalah lagi.
PP P/S: Kalau ada masalah jugak, korang boleh cari aku kat YM: acaPAWN7 atau kat Twitter: @acaPAWN7
PPP P/S: Aku perasan fungsi "Reply To Comment" ni tak boleh digunakan dalam Blogger Pages (hanya boleh digunakan dalam Blogger Posts saja), kerana terdapat error "bX-tvtntf" yang muncul selepas korang click link "Reply To Comment" pada mana² komen dalam Blogger Pages berkenaan.
About The Author:
acaPAWN7 is from Kuala Lumpur, Malaysia. He was graduated from Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) with a degree in Information and Communication Technology (ICT), majoring in Software Engineering and also a minor in Financial Management. Currently, he is pursuing Master of Business Administration (MBA) at Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). He can be reached or contacted via email at acapawn7[at]gmail.com or follow his Twitter at @acaPAWN7.
You can refer the smiley codes below and add them in your comments too, but don't forget to add spaces between them.

You can add your comments below:

































September 3, 2010 11:52 PM
Yied pun dah pakai fungsi 'Reply To Comment'. Senang nak balas comment orang.. kan3...
September 3, 2010 11:53 PM
@Yiedpozi: Betul tu bro, senang nk rujuk comment reply yang mana satu..
September 3, 2010 11:59 PM
Aku nak copy tutorial ko ni letak kat blog aku boleh?
September 4, 2010 12:01 AM
@Piratz: Boleh je, silakan.. Tapi ayat aku macam pelik je bila baca balik, tak sure korang leh paham ke tak, huhu..
September 4, 2010 12:04 AM
@acaPAWN7: Its ok.. nanti aku tulis la ayat baru. Sejak tukar ke Wordpress nie, payah skit nak update pasal blogger..
September 4, 2010 12:08 AM
aku sayang plak nk buang disquss kat blog hehe
Terukkah Hidup Sebagai Seorang Blogger?
September 4, 2010 12:23 AM
@Piratz: Hehe up to you la bro, janji ayat senang nk paham, bukan macam aku punya kat atas tu :P
September 4, 2010 12:23 AM
@x-po: Hehe, so far DISQUS memang terbaik la bro..so tak payah tukar balik yang asal :P
September 4, 2010 1:18 AM
hehe.. betul tu, dulu aku dari blogspot nak pasang disqus macam nak pengsan..menitik peluh jantan nak cari codingnya.. keke :p
September 4, 2010 2:28 AM
Aku pinjam screenshot skali ea.. :P
http://mrpiratz.com/pasang-butang-reply-pada-ruang-komen-blog/
September 4, 2010 4:46 AM
@acaPAWN7: yeayy.. berjaya buat kt blog.. :D
September 4, 2010 9:57 AM
still tak pham.. nanti la i check back.
encik pawn buat MBA ye skrg? cool~ teringin plak nk tnyer soalan psal MBA haha.
slm knal.. jumpe kt twitter trus follow haha.
regards frm sydney,
izulman
regards
September 4, 2010 12:22 PM
@mrnamie: Hehe tu la kan, template Mystique for Blogger ni pun aku tak dapat nk pakai, so guna je la default comment Blogger ni..
September 4, 2010 12:25 PM
@Piratz: Oho, nice2..okay, thanks jugak :D
September 4, 2010 12:25 PM
@PenTulis: Congratz! Hehe ^_^
September 4, 2010 12:26 PM
@izulman: Hehe takpe, bagi paham slow2.. Off topic: Err, tgh buat MBA gak ke? Aku skrg dah final sem, tak sabar nk grad ni :P
September 4, 2010 1:07 PM
@acaPAWN7: aku ada try.. die kuar yang ni..
maybe ni problemnye kot..
"Your template could not be parsed as it is not well-formed. Please make sure all XML elements are closed properly.
XML error message: The reference to entity "postID" must end with the ';' delimiter."
September 4, 2010 1:48 PM
@Piratz: Eh? Try tukar "& a m p ; postID" tu jadi "&postID"..
September 4, 2010 9:18 PM
rasa mcm takleh buat sbb blog i dah revert classic la.
September 4, 2010 10:09 PM
@neyra shazeyra: Eh, classic template takkan takleh? Sure boleh nye, belum try belum tau :P
September 4, 2010 11:39 PM
encik pawn...
aku ni pakai Blogspot yang tak sehebat wordpress tu
tadi aku day try dah coding ni, ok menjadi
lepas tu aku try pulak diskas, aduh, ilang abis komen2 aku...
tapi dalam Blospod punya dashboard komen tu ada lagi
soalan aku, macam mana nak masukkan komen2 yang dah ada kedalam Disqus tu?
Sekian terima kasih
Yang benar
Cerita Jejaka Kacak dari Sintok
September 5, 2010 2:31 AM
apasal tak share terus dari tinypaste.com? tak pun dari dropbox.com.. lagi senang orang nak download.. takde counter...
hehe.. nway thanks.. member aku buat jadi plak.. hm... depend pada theme kot...
p/s : apasal smiley ko semacam jerk..
September 5, 2010 5:52 PM
@Sharkox: Nak pindahkan komen dari Blogger ke DISQUS? Try usha tutorial di Cybernetic88 atau pun di AzmanIshak.. Good luck!
September 5, 2010 5:56 PM
@Piratz: Oh, a'ah, lagi senang paste code kat tinypaste..haha sat lagi aku edit.. Oh yeke, a'ah, kena ikut theme punya template, pape hal kalau nak mintak tlg, bagitau je aa..
p/s: Aku pakai smiley dari EternalThinker..nampak semacam ke? :h
September 5, 2010 10:36 PM
@acaPAWN7: ok, tq....bila nak buat tutorial image sprite pulak??
September 5, 2010 10:55 PM
@Sharkox: Insya Allah bila dah free nanti..tunggu~ :D
September 6, 2010 4:48 AM
@acaPAWN7: DISQUS berat.. lambat load...
September 6, 2010 11:41 AM
@fahmi ibrahim: Yeap, sometimes lambat jugak nak load, depends on Internet connection kot..
September 6, 2010 8:02 PM
kenapa yaty buat tak jadi pun..huhu
September 6, 2010 10:49 PM
@Nur Hayaty: Dah cuba letak selepas code "said" dalam template tak?
September 7, 2010 6:34 AM
tak pernah nak kisah pasal reply to comment bagai ni since macam takde orang nak komen kat blog aku. hahahahah :p
guna intense debate pun sebab dia nampak hebat dengan theme putih aku tu. kui3
September 7, 2010 9:44 AM
@Zala Wajik: Heheh, no komen..tapi sekadar tambahan je la nak cantikkan komen Blogger ni, haha.. :d
IntenseDebate pun nice gak, tp malangnya aku takleh nak embed code tu dalam template blog aku ni :c
September 13, 2010 9:51 AM
cntik reply to commnt bro. smua serba kt sini cntik jgk. hee ;D
September 15, 2010 7:55 PM
@cybernetic88: Hehe thanks for the compliment..nanti nak share benda2 lain lagi :r
September 21, 2010 4:42 PM
Doesn't work on mine , bole bantu?
September 21, 2010 5:32 PM
@Melongray: Sure..jap nak pm kat blog
September 22, 2010 7:36 PM
Bro thanks..menjadilah..
September 22, 2010 10:48 PM
@@rtzam: Menjadi eh? Syabas! :O
October 1, 2010 8:45 PM
berminat dengan reply to comment button tu. smart. Nak dapat kat mana ye? nak tukar button sedia ada kat blog tu....any idea?
October 2, 2010 9:51 AM
@zulaikha: Oh, tu kena tambah coding sikit, especially CSS.. Guna effect 'hover' untuk buat button tu berubah2.. Nanti ingat nak buat tutorial pasal 'image sprite', tunggu~ :angel
October 13, 2010 11:40 PM
xboleh pon...x jumpe
November 5, 2010 7:00 PM
:)
November 6, 2010 2:10 AM
saya dah buat..tapi tak cantiklah....
November 6, 2010 12:05 PM
@mizzura: Eh, tak cantik? Dah tengok kat blog awak tadi, nice je button "Reply Comment" tu ;)
November 6, 2010 12:08 PM
@y3op: Oh lambat lak reply..kira dah jadi la kan buat kat blog tu?
November 6, 2010 12:08 PM
@ashraf: Suka? Thanks! :h
November 13, 2010 2:36 AM
Gud info.
Utk pop-up window komen tak boleh ke?
November 13, 2010 11:33 AM
@a.z.r.i.n.a.03.07: Popup comment? Maksud tak boleh tu macam mana? Kalau blog tu guna popup comment, tak sure rasanya boleh letak ke tak coding macam di atas tu tadi. Baru lepas jenguk kat blog kamu, guna popup comment kan, tapi link "Reply to comment" tu tak keluar, walaupun dekat blog tu ada. Nanti la check balik. :k
November 13, 2010 3:39 PM
@Fakrul: maaf ye mencelah..
sya dah buat tutorial ni tp x menjadi pown..
November 14, 2010 7:56 AM
@acaPAWN7:� timaseh. saya dah cuba jenis embedded. memang boleh tapi bila reply terus ke new comment dan bukan ke komen yg saya mahu.
*Terpaksa guna pop-up comment. Di ofis xboleh buka jenis embedded.
November 14, 2010 2:27 PM
@fakrul: Blog yg ni ke: http://junior-itkids.blogspot.com ? Tadi baru lepas test reply comment, macam boleh je.. Tapi apa yg tak menjadi tu?
November 14, 2010 5:59 PM
@a.z.r.i.n.a.03.07: Oh, mungkin dia tersalah link kan komen tu kot..takpe, nanti nak try cari solution, kalau ada..
January 2, 2011 1:48 PM
tumpang share. Mkasih :0
January 2, 2011 4:44 PM
@PinQib: Sama-sama 8)
January 13, 2011 10:14 PM
Nak tanya, knape bila kita click je kat replt to comment kluar pop up Not Found ERROR 404. Mane silapnye yek? coz dah copy openID tu kat browser.
January 13, 2011 10:24 PM
owh orait... sudah jumpa jawapannya.. anyway, thanks untuk tutorial yang amat2 berguna ni..:O
January 17, 2011 9:43 PM
@sireclipse: Err, eh tak sempat aku nak reply, huhu sorry lambat.. Mungkin salah ID blog kot..btw, camne dapat betulkan error tu? :D
February 3, 2011 1:26 PM
Thanks for the tutorial. senang nak faham
February 3, 2011 2:58 PM
@Iyrin: You're welcome, gladly :h
February 15, 2011 11:44 AM
makacih bro..
April 17, 2011 12:27 PM
japp, takjumpe pon code ni ?
mcm mana ? :|
April 17, 2011 12:28 PM
< data : comment . body / >
April 22, 2011 2:42 PM
@mujahidah muslehah: Most welcome ;)
April 22, 2011 2:50 PM
@FaraaF: Dah tengok kat your blog coding, pakai Popup Comment window ke? Kalau macam tu, susah sikit nak letak coding 'Reply To Comment' kat situ, lain la kalau tak pakai Popup Comment window.
June 27, 2011 6:20 PM
dah give buat benda ni dari td..xtau nk paste kt mane >_<
June 29, 2011 7:11 PM
@PenTulis: bestnye
July 3, 2011 10:47 AM
sy pakai pop up comment patutla x menjadik..takda error tp x keluar..
July 4, 2011 1:54 PM
@Hazwan Arif: Step nombor 2 tu jumpa tak? Kalau takde, try step nombor 5 tu.
July 4, 2011 1:55 PM
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty: Kalau pakai popup comment, memang tak boleh lagi rasanya, tapi kalau dah boleh, nanti nak edit balik coding kat atas tu. :D
July 31, 2011 11:07 PM
Thanks
Khairul Fahmi Minta Putus Tunang
August 12, 2011 11:56 PM
dah try.thanks!
tapi komen yang direply tak keluar dekat nama yg nak direply.dia turun bawah sekali.mm camne nak edit ye.
tqvm
September 2, 2011 11:02 PM
ok thanks..usefull
http://muazfaris.com
November 11, 2011 2:20 AM
@Yiedpozi: nak try test
February 17, 2012 6:41 PM
dah try, jadi, tapi suruh subscribe feed, xpe try lagi. tmkacih